hari ni genap usia perkahwinan aku yg pertama. cepat sungguh masa berlalu. pejam celik pejam celik dah cukup setahun. dan yg paling mendebarkan adalah,aku menantikan saat2 kelahiran cahaya mata sulungku. adakah esok sang puteriku akan dilahirkan. kerana hari ni isteriku sudah dimasukkan ke wad Hospital Besar Pulau Pinang kerana kekurangan air ketuban. tapi,kami membuat keputusan untuk discharge kerana kami sudah membuat pilihan di mana harus sang puteriku dilahirkan.
selepas keluar dari GH kami bergegas berjumpa Doktor yg merawat isteriku sebelum ni. dan doktor cadangkan esok sahaja isteriku akan di induce untuk mempercepatkan proses kelahiran awal seminggu. memang gemuruh rasa hati menantikan saat2 kelahiran sang puteriku.
moga esoknya,segala berjalan dgn lancar..Amin..