17 Disember 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL contest

GAGAL????? Satu perkataan yang mungkin digeruni sesetengah pihak. Namun ada yang tidak takut pada kegagalan,sebab kegagalan itulah yg akan membawa kepada kejayaan kematangan fikiran. Kegagalan bagi aku bukan lah bermakna berakhir segalanya.

Yang mana bila kegagalan menjengah diri aku,aku tidak mampu menghadapinya,...TIDAK...itu bukan aku.. Melalui kegagalan lah akan membangkitkan satu kejayaan. Melalui kegagalan juga lah akan terbitnya satu sifat keberanian, keyakinan dalam diri. Dan melalui kegagalan lah,aku akan belajar dan terus belajar sehingga aku mancapai kejayaan yang aku kecapi hari ini .

Aku pernah gagal satu ketika dahulu,gagal menamatkan pelajaran di IPT yg sepatutnya boleh membanggakan kedua orang tua ku. Namun dek kerana nafsu alam remaja yg hanya fikirkan keseronokan semata-mata,dan juga pengaruh rakan sebaya,aku lupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Akhirnya aku terkandas di tengah jalan tanpa menghabiskan pelajaran aku.

Mulai dari situ la,aku mulai sedar akan tanggungjawab aku sebagai pelajar dan seorang anak. Aku teruskan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Selepas beberapa ketika,aku memohon semula untuk memasuki IPT lain. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk untuk menjadikan KEGAGALAN dulu sebagai peransang untuk terus berjaya. Alhamdulillah,aku berjaya menamatkan pelajaran dengan jayanya.

Kini,aku selesa dengan kehidupan aku sekarang di samping isteri dan anak tercinta. Berkat kegagalan dulu la yg mengajar aku erti berani untuk menghadapi kegagalan. Jika aku tidak merasa gagal dahulu,mungkin aku tidak akan berasa erti kehidupan sebenar.

cerita di atas adalah sebahagian cerita mengenai kegagalan aku yg membawa kejayaan. Ada masa,akan ku cerita lagi kisah2 yg lain yang berkaitan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL



.............................................................................................................................................

sebenarnya entry kali ni adalah untuk menjoinkan diri dalam contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang di anjurkan oleh saudara Denaihati. Ini adalah contest kedua yang aku join sejak mula berblog. Mari kita semak apa syarat-syarat contest ini.

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.
2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog : contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Hidup Biar Sedap.
3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.
6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.
7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.




Untuk contest kali ini,penaja-penaja yang terlibat adalah:

DSGClicks,
Berani Gagal Network,
One Malaysia Blogshops,
Anisha Online Mall
Saudacare.


Bagi sesiapa yang masih belum lagi BERANI UNTUK GAGAL mencuba contest ini sila join cepat. Sebab contest ni tiada juri-juri samada profesonal atau tidak untuk memilih pemenang. Pemenang contest ini ditentukan melalui nasib dan jugak kemahiran SEO masing-masing.
Jadi tunggu apa lagi,sila terjah blog @DENAIHATI untuk join contest ni.

Oh ya,sebelum terlupa aku tahu mengenai contest ni melalui ZIE FAUZI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan