Rupa cantik, mata kuyu, bicara halus dan perlahan. Kulit warna
kekuningan dengan rambut yang ikal mayang. Wanita yang pemurah, setia
pada suami, penyabar dan tahan menderita.
Bentuk muka elok, montok, lurus dan rambutnya kasar. Jujur dan setia
pada suami.
Badan tinggi besar, kulit hitam dan rambut halus. Baik, boleh
dipercayai dan pandai menguruskan rumah tangga.
Badan kecil, gerak serba pantas, kulit kehijauan, bercahaya mukanya
dan bulu kening yang lebat. Wanita yang mententeramkan dan memberi
nikmat.
Badan kecil, katik, muka manis menarik, tingkahlakunya pantas dan
elok. Seorang yang jujur dan setia pada suami, tahan hidup sengsara.
Badan tinggi, suara merdu, mata layu dan sayu. Baik dijadikan
sahabat, boleh menyimpan rahsia.
Air muka pucat, bibir selalu kering, warna kulit seperti sawo matang.
Wanita yang berhati mulia, setia dan boleh dipercayai.
Muka yang elok dan kehijauan serta pantas tingkahlakunya. Kasihnya
besar terhadap suami.
Pinggang kecil, rambut lebat dan hitam pekat, kulit halus dan manis
mukanya. Setia pada suami dan dapat menasihati suami.
Kulit kuning, urat nampak kebiruan, anak rambut di dahi berdiri, mata
selalu berkelip, bicara halus perlahan dan manis air mukanya. Budi
tinggi, pemurah, setia, rezeki murah dan rela dimadu.
Kulit kemerahan, muka kebiruan dan lebat bulu keningnya. Dapat
menghiburkan dan memuaskan suami.
Berwatak kasar, kulit putih, banyak bicara. Wanita yang baik
dijadikan isteri kerana dimasa hadapan rezekinya baik dan murah.
Kulit kuning, rambut hingga ke hujung, buah dada besar dan tahi lalat
ditelinga. Wanita yang cepat naik darah dan pemboros serta suka
bertengkar dengan suami.
Kulit hitam dan gelap tetapi manis, rambut lebat berombak dan mata
seperti mengantuk. Dia senang bersama dan bermesra dengan suami.
Muka bujur telur berwarna kemerahan, leher jinjang. Wanita ini suka
khianat, tidak baik dalam rumah tangga dan suka membohongi suami.
Kulit hitam, rambut hitam lembut, mukanya panjang, badannya tegap
kaki kecil dan kering, kuku panjang dan kecil. Wanita yang
baik.Sumber kekayaan rumahtangga, menguntungkan tetapi suka merajuk
dan pulang kerumah orang tuanya.
Kulit kuning, rambut kemerahan lembut sampai kehujung, buah dada
kecil dan ada tahi lalat di cuping telinga. Dia suka naik darah dan
pemboros.
Kulit kuning, rambut keras dan lurus, hujung rambut warna merah.
Wanita yang suka menolak ajakan suami.
Kulit kuning, urat-urat nampak hijau, alis lentik seperti bulan pada
satu haribulan, mata seperti orang bangun tidur, wajahnya manis.
Wanita yang sabar, cakapnya terlalu berhati-hati, berbudi bahasa dan
perilaku sangat baik. Dia tidak sedih bila dimadu malah setia dan
amat teliti dalam pekerjaan. Dapat memberi kekayaan.
Kulit kuning, rambut hitam berkilat, leher agak pendek, gerak geri
tubuh seperti orang malas. Buah dada tergantung. Wanita yang tingkah
lakunya pantas, manis dipandang. Tidak menampakkan marah malah tutur
katanya lembut dan pandai dalam menjalankan kewajipan.
Duduknya tenang, agak pendiam, warna kulit kehitaman. Rambut lembut
hitam, halus dan tubuhnya besar. Wanita yang baik.
Bentuk badan seperti orang lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri
kaki seakan bertemu, ruas betis panjang. Wanita yang dapat melayani
suami.
Kulit kuning, bibir kering, buah dada keatas sedikit dan banyak
cakap. Dia setia pada suami, pandangan luas dan suka minta untuk
bersenggama.
Kulit agak merah tua seperti kulit manggis. Dada bidang dan buah
dadanya sedang. Setia pada suami dan bersopan santun.
Kulit hitam, kaki kecil dan jarinya pula lurus. Rambut hitam dan
lebat. Wanita yang pandai simpan rahsia rumahtangga. Seorang yang
sabar dan tenang menghadapi dugaan.
Kulit kuning, rambut kasar dan panjang. Hujung rambut hitam lebat dan
kakinya kecil. Dia membawa tuah. Kalau suaminya berjaga boleh
mendapat keuntungan besar.
Badan kurus, rambut genjur dan kasar. Wajahnya kelihatan kemerahan.
Wanita yang tidak pandai meminta sesuatu dari suami serta menerima
apa sahaja keadaan hidup. Taat kepada perintah Allah.
Kulit kuning putih, badan kecil, rambut hitam lembut dan besar buah
dadanya. Dia suka bertengkar dengan suami. Kalau kalah bertengkar
sanggup pula membunuh suami.
Pandangannya menarik hati dan manis, sinar matanya jernih. Bentuk
badannya tegap, kulit putih, suaranya perlahan dan cakapnya berhati-
hati. Bila berjalan pula tubuh seakan tidak bergerak dan sentiasa
tunduk. Wanita yang setia pada suami, rela dimadukan malah madu
dianggap seperti saudara sendiri. Tiada syak dan setia bercinta.
Kulit putih dan pandai bercakap. Manakala rambutnya keras dan lurus.
Perempuan ini suka belajar ilmu ghaib dan dapat menambahkan harta
benda kepada suami.
Pandai melayan para tetamu, banyak kenalan dan pekerjaannya disukai
orang lain. Mengambil berat tentang kesihatan dan makan minum suami.
Wanita yang sesuai dijadikan isteri.
Kulit seperti buah manggis yang dibelah, rambut hitam panjang, badan
kecil dan kaki serta tangannya lurus. Dia baik untuk dijadikan
isteri.
Kaki dan lengannya kecil dan lurus. Jika dilihat dari belakang,
bentuk pinggang dan keatas agak lebar. Wanita yang taat pada agama
dan mendatangkan kemuliaan.
Peha agak besar, dada agak lebar, rahang mulut lebar. Tidak setia
pada suami kerana akan tinggalkan suami bila berjumpa lelaki lain.
Tubuh pendek, kecil orangnya dan wajah manis. Wanita yang memiliki
sifat berani menentang halangan, kuat berusaha untuk mencari
kekayaan.
Badan kecil, warna kulit kemerahan. Sedikit tanda kebiruan tampak di
muka dan alis matanya tebal. Suka memendam perasaan dan tindak
tanduknya mengejutkan. Tidak baik dijadikan isteri tetapi boleh
dijadikan kawan berhibur dan bersenang.
Tubuh kecil, kulit putih kekuningan. Melangkah seperti harimau lapar
dan sentiasa mahu cepat bila kemana-mana. Pandai simpan rahsia dan
bersopan santun. Mementingkan kebahagian rumahtangga dan kaum
keluarga.
Tubuh gemuk dan tingginya sedang. Kulit kuning, renungan mata seperti
orang marah. Wanita ini tidak berapa sesuai dijadikan isteri.
Badan kecil, kulit kemerahan dan rambutnya panjang. Tingkah lakunya
menarik, banyak kepandaian dan cintanya teguh. Dia juga tidak mudah
mendengar hasutan dan baik dijadikan isteri.
Kulit kuning, bentuk wajah agak lebar, orangnya peramah, pandangan
mata tajam tetapi manis dan menarik. Tubuhnya sedang serta tegap dan
suaranya amat mengesahkan. Pandai bercakap dan baik pekertinya.
Badan tinggi, mata seperti bangun tidur. Wanita yang pandai bercakap,
setia dalam persahabatan, setiap kenalan dianggap saudara sendiri.
Pandai menyimpan rahsia, bersopan dan membereskan segala kerja.
Kulit kuning, bibir merah tua dan susunan giginya nampak sama. Sinar
matanya tenang dan sedang buah dadanya. Wanita yang suka membuat
sesuatu kerja dengan cepat. Sempurna, tuturkatanya lembut dan menarik
hati. Suka melindungi suami daripada cacian atau tuduhan serta taat
pada keluarga. Wanita ini baik dijadikan suri rumahtangga.
Tubuh kecil, kulit agak kemerahan. Ada juga wanita jenis ini yang
kulitnya seperti manggis, rambut genjur. Wanita jenis ini dapat
memberikan kepuasan kepada suaminya.
Kaki agak melintang, jika berjalan kakinya suka menendang tanah.
Perangainya pemboros dan suka melakukan pembuatan keji.
Warna kulit seperti buah manggis, hitam manis dan lembut raut
wajahnya. Cinta dan kasih wanita ini terhadap suaminya adalah ikhlas
dan jujur.
Tubuh sedang, kulit kuning, mata kuyu dan menyorot seperti marah.
Seorang wanita yang rajin bekerja. Memuaskan suami bila bersenggama.
Tubuhnya sedang manakala bibirnya sedikit lebar.Kerdip matanya nampak
tersusun. Suka melarikan diri dari suami tanpa sebab yang jelas.
Badan tegap, kulit kuning dan buah dada yang sedang. Rambut hitam dan
hujungnya merah. Wanita jenis ini elok dijadikan isteri dan pandai
menabung.
Duduknya tenang, diam, baik budi pekerti, tinggi pengetahuan dan
rendah hatinya. Pandangan matanya cukup tajam. Dia cepat memahami
kehendak orang lain. Setia pada suami dan mendatangkan harta benda
tetapi suka menolak ajakan suami. Jika suami marah dia tinggalkan
rumah, tetapi marahnya mudah reda dan tiada dendam. Suami harus lebih
diplomasi. Sesuai sebagai calon isteri dan ibu yang baik.
Muka kecil, rambut lebat dan jarinya lurus. Leher macam rotan dan
bahunya pula agak melintang dan nipis tetapi menonjol. Pinggang
kebawah lurus, peha besar dengan keadaan punggung yang nipis. Dia
setia pada suami dan menurut kata. Jika suami marah dia cepat minta
maaf. Tuturkatanya lembut, pemurah, banyak kenalan dan tak gemar
berkelahi. Seorang yang gemar mencari ilmu dan tidak pula sombong.
Badan tegap, kulit kuning, mata ayu dan kerinting rambutnya. Manakala
percakapannya pula perlahan. Merupakan golongan wanita yang setia
pada suami dan keluarga tetap keras hati. Namun sikapnya segera
berubah seperti singa lapar jika suami mempermainkannya. Jika lari
dia tidak akan kembali lagi.
Mukanya kecil, berdahi sempit, kakinya panjang manakala tubuhnya
kurus dan tinggi. Seorang yang pemboros dan tidak memikirkan pasal
masa depan. Tidak tetap pendirian, suka mendengar cakap orang dan
tidak menepati janji. Jarang memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan