6 Disember 2009

Teknik Menangani Histeria

"Berikut adalah teknik ringkas untuk menangani histeria. Namun diingatkan pengamalnya haruslah mempunyai semangat yang kuat dan berjiwa bersih.

Cara-Caranya:-




1. Ambil wudhu' terlebih dahulu.

2. Cari pesakit yang mula-mula diserang histeria jika berlaku ramai.

3. Tepuk pesakit dengan belakang tangan untuk menghilangkan badi atau rasukan pada diri kita.

4. Pegang kepala bahagian ubun-ubun pesakit dan bacakan-

Bismillahhirahmanirrahim
-"WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAHHIL A'LIUL AZIM" 3X

-ISTIRGFAR 3X

-SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W 3X.

5. Baca Ayat Kursi dengan tenang dan yakin.

6. Kemudian baca "Bismillahirrahmanirrahim" dan sebut " Dengan Nama Allah yang Maha Agung Lagi Perkasa aku meru'qyah mu wahai ( sebut nama pesakit dengan bin atau bintinya)

7. Bacakan surah Al-Fatihah

8. Bacakan surah Muawidzat iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Semuanya sebanyak sekali.

9. Bacakan ayat " Ya Lathif Ulthuf Bina " sebanyak sepuluh kali dan hembuskan pada pesakit.

Insyallah akan hilang gangguan kerasukan sayitan itu. Harus dingat kita hanya berusaha, dan yang menyembuhkannya Allah s.w.t jua.

* Ayat-ayat yang di pertujukkan tadi, haruslah di hafal supaya menjadi amalan untuk perubatan dan benteng pertahanan di dalam diri kita, kerana syaitan itu bersifat pembalas dendam. Berwaspada dengan melakukan apa yang di suruh dan menjauhi apa yang di larang oleh Allah s.w.t. Perlu dingatkan, pesakit akan meronta-ronta dan memaki hamun kita, jgn risau kerana itu semua tipu daya syaitan. Teruskan berdoa dengan tenang tanpa malayan sebarang tuntutan syaitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah!. Jikalau pesakit tidak berjaya di pulihkan, ulangi bacaan dan cuba minta pertolongan dari yang lebih a'rif dalam bidang ini.

"Tidak akan terlepas ummat Muhammad dari syaitan, kecuali dengan sifat ikhlas"

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan